Saturday, May 28, 2011

PENGENALAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Blog hapuskan halangan: persekitaran yang boleh diakseskan oleh semua rakyat malaysia adalah direka untuk menerangkan keperluan atau kemudahan yang diperlukan oleh semua rakyat malaysia terutama golongan oku, warga tua, kanak-kanak, belia dan wanita. 



Sejak kebelakangan ini , kita sering mengenepikan hak yang patut diberi kepada mereka supaya mereka berasa selesa dan selamat. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Antara inisiatif yang telah diambil adalah mengubalkan dasar-dasar untuk menjaga hak asasi kemanusiaan, tetapi dasar-dasar itu masih tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak .


Intihanya, semua pihak perlulah memainkan peranan penting untuk memberi kerjasama supaya dapat mewujudkan persekitaran yang amat selesa dan selamat untuk rakyat Malaysia. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah mewujudkan pelbagai kemudahan untuk semua rakyat Malaysia.

Tuesday, May 24, 2011

SELAMAT DATANG

Selamat Datang
ke
Blog Hapuskan Halangan: Persekitaran yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.


PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 
Pn Azrina Bt Arrifin 
kerana sudi memberi peluang untuk saya menyertai Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2011. Selain itu, beliau telah banyak bertungkus-lumus membantu dan memberi tunjuk ajar, sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan blog ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengajur HPM iaitu Pihak FOMCA, kerana telah menganjurkan pertandingan ini.


Saya juga ingin merakamkan kepada ibu bapa saya, guru-guru Tingkatan 6 dan rakan-rakan saya kerana telah memberi kerjasama samasa menyediakan blog ini. Tanpa kerjasama dari mereka semua, saya tidak mungkin akan dapat menyiapkan blog ini.