Warga Tua

GOLONGAN WARGA TUA
PENGENALAN
Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran. Takrifan 'Warga Emas' adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. 

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat dari satu masa ke satu masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tua kepada keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkat dari masa ke masa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawa peratusan warga tua di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus pada tahun 1980 sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebih daripada sekali ganda dalam masa 40 tahun.


Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jika berbanding dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun. Warga tua adalah satu golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenaga mereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perlu dinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan.


Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akan memberi sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagi menyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya. Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akan mengunakan sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atas masyarakat dan juga daripada sumber kewangan peribadi atau persendirian. Masyarakat sekarang harus menanam semangat bertanggungjawab kepada semua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menangani masalah yang akan dihadapi oleh warga tua.


HARI WARGA TUA KEBANGSAAN
Bangsa-bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45/106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Tua Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Tua Kebangsaan. 

Objektif  
  • Untuk mengekalkan taraf kesihatan yang optimum
  • Meningkatkan penglibatan warga tua dalam komuniti
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan keperluan semasa
  • Memperkukuhkan kerjasama antara pelbagai sektor


KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH WARGA TUA
Warga tua memerlukan banyak kemudahan untuk menerusi kehidupannya. Dengan sehubungan itu, semua pihak perlulah mengambil tindakan untuk mewujudkan banyak lagi kemudahan untuk golongan ini. Antaranya ialah:


RUMAH KEBAJIKAN
Rumah-rumah kebajikan perlulah diperbanyakkan terutama di kawasan bandar. Oleh itu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan perlulah lengkap dan sesuai untuk golongan warga emas. Antaran kemudahan dan perkhidmatan yang perlu ialah:

  • Jagaan dan Perlindungan: Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi warga tua seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidangan makanan harian adalah berdasarkan kepada skala imbangan makanan yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan 6 kali sehari mengikut menu yang disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia. 
  • Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan: Warga tua diberi rawatan dan jagaan kesihatan yang baik oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Penolong Jururawat. Kes-kes warga tua yang memerlukan rawatan intensif dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
  • Bimbingan dan Kaunseling: Perkhidmatan ini adalah untuk menolong golongan ini mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Selalu mengadakan kaunseling individu dan kelompok serta perbincangan kes.
  • Perkhidmatan Fisioterapi: Unit ini adalah memastikan setiap penghuni dapat menggunakan keupayaan potensi yang ada pada dirinya dalam usaha mendapatkan keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi amat penting bagi menguatkan otot-otot golongan warga tua yang uzur. Dengan bantuan pemulihan fisioterapi ada kemungkinan mereka boleh menguruskan aktiviti-aktiviti harian tanpa banyak bantuan daripada orang lain.
  • Rekreasi dan Cara pulih Kerja: Golongan warga emas digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka. Kemudahan-kemudahan disediakan untuk golongan warga tua memenuhi masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video, mambaca akhbar dan sebagainya.

MERINGANAN BEBAN KEWANGAN
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan warga tua seperti:
  • PEMBERIAN DISKAUN TERHADAP PENGANGKUTAN AWAM


  • PEMBERIAN DISKAUN TERHADAP KOS HOSPITAL

  • PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA WARGA TUA YANG TIDAK KEMAMPUAN. 



MENGANJURKAN AKTIVITI KEPADA WARGA TUA
Selain mengumumkan hari warga tua, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka. Contohnya, penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya. Selain itu, menganjurkan rumah terbuka kepada golongan ini supaya mereka tidak berasa sunyi semasa hari perayaan. Di samping itu, juga boleh mengadakan aktiviti seperti kebudayaan, fizikal dan sebagainya.





KEMUDAHAN ICT
Kemudahan ICT amat penting warga tua, supaya mereka tidak ketinggalan zaman. Dengan sehubungan itu, pihak berkuasa perlulah mengadakan kemudahan ICT untuk golongan warga tua di seluruh negara seperti Pusat Jalur Lebar. Selain itu, kelas komputer juga boleh diadakan untuk golongan ini supaya mereka dapat bagaimanakah menggunakkan komputer.



KLINIK 1 MALAYSIA DAN KLINIK BERGERAK 1 MALAYSIA
Klinik 1 Malaysia dan Klinik bergerak 1 Malaysia akan memberi rawatan percuma kepada golongan warga tua. Hal ini dapat membantu golongan ini yang tidak mampu dalam kewangan.