Orang Kurang Upaya

GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
PENGENALAN
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.

Logo Orang Kurang Upaya 

DEFINISI
Menurut Akta Orang Kurang Upaya (OKU) pada tahun 2008, definisi orang kurang upaya adalah "seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat."

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA
Orang Kurang Upaya terbahagi kepada enam kategori:
Kurang upaya penglihatan

Kurang upaya pendengaran

Kurang upaya anggota



Cerebral palsy

Masalah pembelajaran 
( Autisme, ADHD/ADD, Down Syndrom, lembam dll)


Lain - Lain


PENDAFTARAN OKU
Pendaftaran Orang Kurang Upaya adalah untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini. Selain itu, pendaftaran ini juga dapat mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis-jenis kecacatan. Tambahan pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat membuat perancangan kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan untuk golongan OKU. Di samping itu, dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU.



DASAR ORANG KURANG UPAYA
Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Objektif Dasar
Dasar OKU menetapkan empat objektif berikut:
  •  Memberi pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.
  • Memastikan OKU menikmati hak, peluang dan akses secara saksama di bawah undang-undang negara.
  • Menghapuskan diskriminasi terhadap seseorang atas sebab ketidakupayaannya.
  • Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH GOLONGAN OKU
Golongan Orang Kurang Upaya memerlukan pelbagai kemudahan untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa dan selamat. Dengan sehubungan itu, semua pihak haruslah mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah:


KEMUDAHAN AKSES DI MALAYSIA
Semua tempat di negara kita haruslah mewujudkan pelbagai kemudahan untuk golongan OKU, supaya golongan ini tidak berasa tersisir. Pada masa kini, semua pihak telah mewujudkan pelbagai kemudahan akses di semua tempat awam. Tetapi, kemudahan akses ini masih perlu dipertingkatkan lagi dan banyak yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, selain tidak mesra OKU. Oleh itu, pihak berkenaan perlulah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Antara kemudahan akses ialah:


TANDAS AWAM
Tandas awam perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan untuk golongan OKU, supaya dapat menjaminkan keselamatan mereka dan berasa selesa.




RAM DAN RAILING
Ram dan Railing ialah laluan yang bersesuaian untuk kerusi roda, kerana dapat membantu golongan oku yang menggunakan kerusi roda untuk bergerak.




ESCALATOR
Semua tempat yang mempunyai escalator perlulah menyediakan escalator yang boleh memudahkan golongan OKU. Dengan sehubungan itu, semua pihak haruslah mengambil insiantif untuk bertukar escalator yang sesuai untuk golongan ini.



LIF KHAS
Lif khas ini perlulah direka dengan reka bentuk yang sesuai. Lif ini juga perlu mempunyai posisi yang rendah supaya golongan OKU yang berkerusi rendah dapat menekannya.



TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta yang disediakan khas bagi OKU adalah lebih besar berbanding dengan tempat letak kereta umum. Hal ini kerana OKU perlu membuka pintu kereta sepenuhnya supaya seseorang itu dapat bergerak masuk atau keluar dari keretanya. 




KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM
Pengangkutan awam amat penting untuk golongan oku, supaya dapat memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan banyak lagi kemudahan pengangkutan awam.

BAS  
Bas perlulah direka khas untuk golongan OKU, supaya golongan yang berkerusi roda dapat menaiki bas ini dan mampu bergerak ke satu tempat. Kini,100 buah bas RAPIDKL mesra OKU telah beroperasi di kawasan Kuala Lumpur. Bas ini akan memudahkan golongan ini bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah memperkenalkan bas yang khas untuk golongan OKU di seluruh negara kita.





KOMUTER (KTM)
Pihak KTM perlulah mencari inisiatif untuk memberi kemudahan kepada golongan OKU untuk menaiki komuter kerana ruang di antara garisan kuning dan komuter menjadi penghalang bagi golongan tersebut menaiki komuter.




PEMBELIAN DISKAUN TERHADAP TAMBANG
Pihak kerajaan perlu sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.






KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.






KEMUDAHAN MENDAPAT LATIHAN DAN PEMULIHAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.  


KEMUDAHAN BANTUAN ALAT TIRUAN / ALAT SOKONG
Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.Oleh itu, kerajaan haruslah mengambil insiantif untuk membantu golongan ini.
Kaki Palsu

Tangan Palsu

Tongkat Tangan

Kerusi Roda



Alat Pendengaran


PERKHIDMATAN KAUNTER
Perkhidamatan kaunter khas untuk golongan OKU perlulah menyediakan bilangan kaunter yang mencukupi, supaya dapat memudahkan golongan ini untuk melaksanakan urusan-urusan yang tertentu.

TEMPAT RIADAH
Pihak berkuasa perlulah membina tempat riadah yang sesuai untuk golongan OKU supaya golongan ini dapat menjalankan aktiviti riadah. Selain itu, perlulah membina kemudahan yang sesuai untuk golongan ini untuk melaksanakan aktiviti riadah. Aktiviti riadah juga dapat membantu mereka untuk membina tubuh badan yang sihat dan cergas.


PENGECUALIAN BAYARAN RAWATAN PERUBATAN
Golongan orang kurang upaya telah dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan. Hal ini kerana dapat meringankan beban golongan ini. Selain itu, klinik 1 Malaysia dan Klinik bergerak 1 Malaysia memberi rawatan yang percuma kepada golongan ini.