Wanita

GOLONGAN WANITA
PENGENALAN
Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotesi menjadi sumber pembangunan dalam pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik kian meningkat. Berpegang kepada hakikat inilah, pada tahun 1989, kerajaan kita telah menggubal Dasar Wanita Negara yang mengiktirafkan hak-hak wanita.  Dasar yang digubal ini mendukung cita-cita negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Ia juga memberi panduan serta hala tuju dalam semua aspek perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara khususnya yang melibatkan kaum wanita secara langsung ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau sebab kejantinaannya.



DASAR WANITA NEGARA
Dasar Wanita Negara digubal pada tahun 1989.
Antara objektif dasar ini ialah:
  • untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan.
  • untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.

HARI WANITA SEDUNIA
Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Matlamatnya ialah wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. 



KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH GOLONGAN WANITA
Wanita-wanita memerlukan pelbagai kemudahan untuk mendapat kehidupan yang lebih selamat dan selesa. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh semua wanita. Antara kemudahan yang diperlukan oleh golongan wanita ialah:


KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM
Wanita memerlukan kemudahan pengangkutan awam yang selamat dan selesa. Selain itu, pengangkutan awam perlulah menjamin keselamatan wanita daripada risiko gangguan seksual    dan bersesak dengan penumpang lelaki. 


BAS
Bas rapidKL telah menyediakan bas hanya untuk kaum wanita sahaja, kerana dapat menjamin keselamatan wanita. Selain itu, pihak berkuasa perlulah mengambil langkah untuk memperbanyakkan lagi bas khas untuk wanita di seluruh negara.




KOMUTER 
Buat kali pertamanya dalam sejarah Malaysia, pada 28 April 2010, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan koc merah jambu (pink coach) yang hanya dikhaskan untuk kaum wanita sahaja. Temanya ialah 'Wanita Sahaja Sepanjang Masa'. Dengan sehubungan itu, pihak berkuasa perlulah melasanakan langkah ini di seluruh negara, supaya tidak berlakunya gangguan seksual.


PEMASANGAN CCTV
Sejak kebelakangan ini, kes-kes menyayat hati yang menimpa kaum wanita berlaku dan kian meningkat saban hari sedikit sebanyak telah memberi gambaran negatif tentang pembangunan. Ini kerana, sikap segelintir masyarakat yang terlalu ghairah mengejar pembangunan menyebabkan keselamatan masyarakat terutamanya wanita tidak terjamin malah lebih terancam. Dengan sehubungan itu, pihak berkuasa perlulah mengambil inisiantif dengan memasang CCTV di kawasan yang sunyi. Selain itu, rakaman CCTV itu perlulah dipantau selama 24jam oleh pihak tertentu suapaya dapat menjamin keselamatan golongan wanita.



PUSAT LATIHAN DAN KEMAHIRAN
Pusat latihan dan kemahiran perlulah diwujudkan khas untuk golongan wanita sahaja dan tidak mengira usia. Pusat ini bertujuan untuk melahirkan bakat-bakat golongan wanita dalam bidang masing-masing. Latihan seperti pembangunan usahawan, kemahiran masakan, kemahiran jahitan juga perlu diadakan di pusat latihan tersebut.



PUSAT JAGAAN AWAL IBU HAMIL 
Pusat jagaan awal ibu hamil merupakan khidmat yang diberi kepada ibu mengandung apabila sahaja ia disahkan hamil. Khidmat tersebut meliputi lawatan berjadual secara berkala ke klinik ibu mengandung, penilaian berterusan ke atas tumbesaran janin dan mengenalpasti faktor-faktor risiko yang mungkin wujud di kalangan ibu tersebut. Pengurusan seterusnya adalah sangat penting di samping memberi pendidikan dan nasihat kepada ibu serta keluarganya.


Tujuannya adalah untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung itu sentiasa berada dalam keadaan sihat. Ini dilakukan dengan memantau kehamilan dan merawat segala masalah yang timbul. Jagaan semasa mengandung yang anda akan terima mungkin dianggap membebankan tetapi ia adalah untuk kebaikan anda bagi mengenalpasti masalah di peringkat lebih awal. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi anda untuk membuat lawatan secara berkala seperti yang dinasihatkan. Pemeriksaan yang dibuat secara tekal akan menghasilkan satu kehamilan yang sihat dan menjamin kelahiran yang selamat.




PERKHIDMATAN KAUNTER UNTUK WANITA HAMIL
Perkhidmatan kaunter khas untuk wanita yang mengandung, supaya dapat memudahkan golongan ini untuk membuat urusan-urusan tertentu. Selain itu, mereka tidak menunggu lama untuk beratur supaya mereka akan berasa selamat.