Belia

GOLONGAN BELIA
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan (1994), belia bermaksud muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi.


Takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 16 hingga 40 tahun dengan alasan-alasan berikut:
  1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.
  2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.
  3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Apa-apa usaha bagi membina masyarakat, meninggalkan kesan secara menyeluruh.

KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN OLEH BELIA
Kemudahan untuk golongan Belia perlulah diwujudkan bagi memudahkan golongan ini. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan dalam mengambil inisiantif untuk menyediakan kemudahan kepada golongan Belia hari ini. Antara kemudahan untuk golongan Belia ialah:

TEMPAT REKREASI
Tempat rekreaksi penting diwujudkan kerana dapat melahirkan golongan belia yang sihat dan cergas. Selain itu, dapat meningatkan institusi kekeluargaan serta mengeratkan hubungan antara sesama komuniti. Dengan sehubungan itu, pihak berkuasa perlulah membina tempat rekreasi di seluruh negara, supaya mereka dapat bersukan atau beriadah di tempat tersebut.  Antara tempat rekrasi ialah:

GELANGGANG FUTSAL

PAINTBALL

GELANGGANG BOLA KERANJANG

WALL CLIMBING

GELANGGANG BADMINDON

GELANGGANG SQUASH

GELANGGANG SEPAK TAKRAW

WiFi
Pada masa kini, golongan Belia memerlukan kemudahan WiFi yang percuma di seluruh negara. Hal ini kerana kemudahan WiFi dapat membantu golongan Belia untuk mencari maklumat di internet. Oleh itu, pihak berkuasa patutlah melakukan sesuatu untuk mewujudkan kemudahan itu.


KOMPUTER 1 MALAYSIA
Pihak kerajaan telah menyumbang komputer 1 Malaysia kepada golongan Belia yang miskin. Dengan sehubungan itu, pihak kerajaan haruslah mengedarkan komputer 1 Malaysia kepada golongan Belia yang miskin dan belum mendapat komputer 1 Malaysia lagi.



MENGANJURKAN PELBAGAI AKTIVITI KEPADA GOLONGAN BELIA
Pihak kerajaan juga boleh mengajurkan pelbagai aktiviti yang sihat kepada golongan Belia, seperti program kemasyarakatan. Program kemasyarakatan untuk menanam rasa keupayaan dikalangan belia dalam kemasyarakatan dengan mengadakan kerja-kerja kemasyarakatan seperti membaik-pulih rumah orang kurang berkemampuan atau warga emas, kempen menderma darah dibukakan kepada orang ramai khususnya belia di negara ini. 



Selain itu, sambutan Hari Belia Negara juga salah satu aktiviti untuk menghormati golongan belia kerana mereka telah memberi sumbangan kepada negara.


BANTUAN BIASISWA
Golongan Belia yang miskin memerlukan bantuan kewangan untuk sambung belajar, sama ada di Sekolah Menengah atau ITP. Oleh itu, agensi-agensi kerajaan atau swasta perlulah memberi bantuan dalam bentuk kewangan sama ada biasiswa atau kepada golongan Belia supaya mereka menampung bayaran pembelajaran mereka.