Saturday, May 28, 2011

PENGENALAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Blog hapuskan halangan: persekitaran yang boleh diakseskan oleh semua rakyat malaysia adalah direka untuk menerangkan keperluan atau kemudahan yang diperlukan oleh semua rakyat malaysia terutama golongan oku, warga tua, kanak-kanak, belia dan wanita. 



Sejak kebelakangan ini , kita sering mengenepikan hak yang patut diberi kepada mereka supaya mereka berasa selesa dan selamat. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Antara inisiatif yang telah diambil adalah mengubalkan dasar-dasar untuk menjaga hak asasi kemanusiaan, tetapi dasar-dasar itu masih tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak .


Intihanya, semua pihak perlulah memainkan peranan penting untuk memberi kerjasama supaya dapat mewujudkan persekitaran yang amat selesa dan selamat untuk rakyat Malaysia. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah mewujudkan pelbagai kemudahan untuk semua rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. bangga jadi rakyat malaysia ni kan...n i luv this artikel

    ReplyDelete