Sunday, June 5, 2011

HAK-HAK PENGGUNA

Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.



HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT
Pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat-maklumat: 
  • Yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan 
  • Yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan.

HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN
Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang mernuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjuainya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.


HAK UNTUK MENDAPAT KESELAMATAN
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT
Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti yang dinyatakan oleh penjual.


HAK UNTUK MENDAPAT KEPERLUAN ASAS
Pengguna adalah berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan lain-lain. Ini bermakna bahawa sebagai seorang pengguna kita adalah berhak kepada bekalan air yang bersih dan perkhidmatan kesihatan yang sempurna.

HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI
Pengguna adalah berhak mendapat ganti rugi disebabkan mana yang mengelirukan atau barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN PENGGUNA
Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.

HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG SIHAT DAN SELAMAT
Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.



No comments:

Post a Comment